Friday, January 21, 2011

lama dah aku xpost sesuatu..aku sebenarnya dah kehilangan identiti sejak kebalakangan ne..cakap pon kurang betol..apatah lagi nak conteng-conteng kat sini kan..harapanlah..

hari ne aku tersentap sendiri bila aku tiba-tiba merasakan,kawan kat sini bukan seperti kawan-kawan aku yang lepas..kawan kat sini aku rasa lain,bukan lain sebab diorang bergaya lebih sebab duk KL ka apa..tapi aku rasa banyak bercakap dari belakang..

bila aku ada masalah dengan seorang manusia..kawan aku merangkap kawan dia jugak..pandang aku semacam..
asal eh,ada aku buat salah ka kat kawan-kawan..kat kau kau nak rasa..itu kau punya pasal lah..walaupun aku tau..kami buat 3 orang..tapi yang kena nya aku ja kan..yang lain tetap kau layan macam adik beradik..mesti ada orang cerita kat kau bahawasanya aku yang jadi master mind kan.....tapi xpa..aku redha ja..
tapi kau kena sedar lah...hidup ne macam roda..dulu aku salah aku kena..kau buat aku tak ubah macam musuh..sampai sekarang kau buat aku macam musuh kan..tapi setahu aku..aku dah berubah..buktinya..sangat jarang nak jumpa aku buat salah dari segi sikap n perbuatan kan..aku bangun pagi aku buat kemas barang aku semua..sampai xda apa yang tinggal..bangun pon awal...kau? bila kau bangun lewat..orang tinggal..kunci segala pntu toilet...kau bising..kau claim kawan kau SABO kau..dulu kau ngan kawan-kawan kau buat kat aku...ada aku adu kat sapa-sapa....?ada tak..?aku simpan jugak dalam hati..aku kena taji..aku sabar..aku taw...tu salah aku jugak..sebab tak bangun pagi....kalau sekarang nak jumpa baju aku xberbasuh sampai 2,3 hari..sangat lah susah..sebab aku dah berubah..kau xnampak kah?!

dan kau tahu tak..orang yang kau layan macam adik beradik tu duk mengata kau dari belakang..
kau terok la..
kau malas la
kau lambat bangun la
kau xbuat kerja la
macam2 kau lagi lah..mau aku nak hurai..tak terbaca dek orang nanti..
kau sedar la kawan..aku masih anggap kau kawan lagi.....sebab kita nak hidup sama2 ada lagi 4 taun lagi..aku pon xda la baek sangat..tapi aku terima bila dulu korang tengking aku..perli aku bila aku buat salah..sampai nak gaduh2..bekas gaduh kat dinding pon aku xhilangkan..sebab aku nak ingat sampai bila-bila bahawa aku pernah buat salah, dan aku perlu berubah..

kau kaut lah seramai mungkin kawan aku supaya diorang semua bencikan aku..aku xkisah pon..sebab kawan sentiasa boleh dicari........
sekian...





Thursday, January 6, 2011

blog walking 2

BABY + LIMAU = ?


haha..tadi aku ada menjenguk blog yang aku suka sangat setiap post dia..
kebanyakkannya lawak dan pelik dan lain dari yang lain..
haha..tadi aku jumpa post dia ne...aku baca tajuknya 'BABY+ LIMAU'..
timbul tanda tanya dalam kepala aku ...apakah yang nak diceritakan oleh si pengarang..
then aku dengan tanpa segan silunya...klik link blog dia..
haha...ternyata, sampai berair mata aku ketawa..haha

apa jadi kalau bayi yang xtahu menahu apa-apa tentang sesuatu rasa makanan..diberi buah limau...haha!


nak taw apa jadi bila baby tu rasa...klik video bawah ne.. :)




ohbest...sory for making a copy..but i want to share this to my friends.. :)
thanks for reading..

mintak maaf yee


beberapa hari lepas aku ada buat silap..
aku cuai..
atas kecuaian aku..
barang yang aku nak sangat-sangat dulu hilang..
hilang dari pandangan aku..
mungkin sekarang sedang berada dalam genggaman si pencuri..
mungkin lah..aku agak ja..

kak, aku nak mintak maaf...
MP4 hang hanyut dah..
aku pon xtaw sapa amik...
xpala..nanti aku ganti balik..huu~
hang pilih la nak duit ka mp4 baru..
tapi lewat-lewat sikit ah..
aku baru mula sem ne..
tengah nak pakai duit

tu ja aku nak tulis..
harap-harap lepas ne dah xda lagi barang aku yang hilang!
sori nah...huu

Monday, January 3, 2011

isteri kedua


semua orang juga ada impian..impian bagi aku macam sesuatu yang aku nak..dan aku akan usahakan sampai dapat..cita-cita pulak bagi aku sesuatu yang berlainan..sebab cita-cita bagi aku suatu yang diidamkan dan susah sekali nak capai..cita-cita memerlukan usaha yang berpanjangan...

impian aku, dulu-dulu mula-mula masok ke sini...adalah nak simpan duit..yaa..dulu aku sangat teringin nak simpan duit..sebab aku memikirkan aku akan menanggung anak orang suatu hari nanti..tapi apakan daya..impian tu aku masih lagi tengah usahakan sedikit demi sedikit...

tapi baru-baru ne plak..aku telah menghabiskan duit yang aku simpan semata-mata nak capai impian aku yang baru..iaitu nak merasakan sendiri perasaan menggunakan barang yang canggih-canggih..haha..sebab selalunya aku la yang paling mundur antara kawan-kawan aku..sebab..aku xsuka berbelanja membuang duit untuk membeli barang-barang eletronik..aku lebih suka menghabiskan duit-duit aku dengan membeli makanan..tu ja..tapi jumlah yang aku habiskan, lebih kurang ja dengan jumlah orang lain guna buat memajukan diri..

so kali ini..mungkin kali terakhir la..aku membeli handphone mahal a.k.a ISTERI KEDUA AKU...xda la mahal sangat pon..tapi dah cukai turun kan...aku ambik peluang lah..haha!aku minat handphone ne sebab apa tau, sebab warna dia..aku tengok warna, aku dah nekad nak beli!aku xtengok lagi function ka apa..haha..ngok kan?


ne ada gambar bini aku yang kedua..


i like her colour!


yang ne adik-beradik dia kot..haha..



ok sekian..haha!masih lagi excited menggunakan hanphone baru..haram-harap xhilang..huu

Sunday, December 26, 2010

KAMPUNG


balik kampung sekarang ne sesuatu yang amat berharga bagi aku..haha!ayat loser gila!

hari jumaat lepas, aku dapat weekend(kat sini, hujung minggu yang dapat cuti keluar dari UPNM dipanggil weekend) kami dapat 3 hari 2 malam weekend.sangat excited!
aku balik niat nak suprise family aku,aku tipu diorang kata aku xdapat cuti..alih2 diaorang bangun2 tido, aku dah berdiri dalam rumah..haha!
adik aku yang susah bangun pagi pon, gagah celik biar pun sikit..nak tengok abang dia kot no..haha!
i like!

aku balik, kak aku bagi aku men DSLR dia..canon 1000D
haha!aku x la pro macam kawan-kawan aku..juz amik gambar random dan xseberapa..aku amik ja,macam pakai camera digital biasa..aku xbelajar lagi nak guna itu ini...
PAGI tu kami p makan capati..yaa..aku hampir lupa kesedapan capati dekat beseri tu..sedap beb..
gambar ada, tapi aku lupa nak copy dari kakak aku punya camera..huu

TENGAH HARI tu aku p lepak bersama-sama arep, faris dan park aim kat rumah park aim..
yaaa..sangat fun dan faris dah pecahkan satu jug air dan 2 mug kat sana..sori faris,park aim...aku xsengaja okay.. rasa macam salah aku..tapi..xmungkin lah..haha!dua-dua salah kut..

ne ada gambar pada waktu malam 25/12/2010



dua orang kakak

orang perlis makan xlengkap kalau xada ini kan?

...

our table...no comment! :)

here my brother..not little brother..can call it big maybe..haha!




mom n dad..

tu ja..korang tau kan apa aku buat malam tu..haha!kenyang beb!puas!
lama dah aku teringin!







Tuesday, December 21, 2010

blog walking

rini baru aku taw,bes rupanya blog walking ne..haha!
aku suka follow blog yang agak-agak unik, dan pelik(xsemua orang buat blog macam tu).

okay, tadi aku berjalan-jalan ke blog orang, kebanyakkan nya post mengutuk pasal seorang lelaki yang mengaku dirinya gay,yaa majoriti orang yang aku follow post pasal lelaki tu, aku pon xmenyokong lah wei..nak jugak buat bantahan!haha! tapi xpa lah, xmau kacau diorang, kita kat sini hanya bule doa ja bagi dia dapat hidayah, kita yang duk mngutuk ne pon bukan tentu masok syurga. mana taw sebelum dia mati, dia sempat taubat nasuha, alih-alih dia yang masukk syurga..kita?haaaa

tapi sekarang ne bukan yang tu yang aku nak cerita, tadi aku jugak melawat blog yang memang aku rajin buka blog dia bole dikatakan hari-hari lah, menunggu latest update dari dia.
tadi aku tengok dia post pasal sesuatu yang unik..SENI DARI PAKU!

aku tertanya-tanya apa maksud disebalik tajuk tu,apa seninya..bila aku buka, aku jumpa ini..

sori ya ! Oh Best !
aku pinjam gambar dari blog kau..hee~aku rasa ini menarik dan unik!




gambar semua dari ohbest.blogspot.com
ada lagi gambar, nak tengok lebih singgah la blog dia yee..
makaseh sebab baca!

Thursday, December 16, 2010

pengalaman pertama-bes


selekah ja kan aku
umur dah 18 nak ke 19 dah
tinggal 3 bulan 4 hari ja lagi
tapi masih baru nak merasa satu pengalaman pertama yang baru.
korang-korang(ceh,korang-korang la pulak) yang baca neh mesti dah up dari aku an
dah merasa macam-macam pengalaman
tapi apa aku kisah
tu pengalaman masing-masing
tapi pengalaman yang aku nak cerita ne laen
mesti ramai yang xpernah mencuba
aku pasti lah
kalau pernah
memang korang hebat(salute korang)

pengalaman pertama aku berlaku semalam
di mana aku kena cuci toilet bowl beramai-ramai
guna tangan beb!
mau pakai berus jamban xpa jugak
haha!korang pernah buat?
tak kan..tapi xpa..
aku di sini bukan nak bermegah
geli kot..
tapi semalam aku pejamkan mata
hulurkan tangan
tonyoh-tonyoh jamban tu...

okay,itulah pengalaman pertama yang xpernah aku buat sebelum ne..
nak cuba x rasa macam mana?
cuba la,buka penutup toilt bowl tu,hulurkan tangan,sila lah rasa..=) babai


haha!kotor kan?ne bukan toilet bowl bilik aku okay..mine is better than this..
sekian