Sunday, December 26, 2010

KAMPUNG


balik kampung sekarang ne sesuatu yang amat berharga bagi aku..haha!ayat loser gila!

hari jumaat lepas, aku dapat weekend(kat sini, hujung minggu yang dapat cuti keluar dari UPNM dipanggil weekend) kami dapat 3 hari 2 malam weekend.sangat excited!
aku balik niat nak suprise family aku,aku tipu diorang kata aku xdapat cuti..alih2 diaorang bangun2 tido, aku dah berdiri dalam rumah..haha!
adik aku yang susah bangun pagi pon, gagah celik biar pun sikit..nak tengok abang dia kot no..haha!
i like!

aku balik, kak aku bagi aku men DSLR dia..canon 1000D
haha!aku x la pro macam kawan-kawan aku..juz amik gambar random dan xseberapa..aku amik ja,macam pakai camera digital biasa..aku xbelajar lagi nak guna itu ini...
PAGI tu kami p makan capati..yaa..aku hampir lupa kesedapan capati dekat beseri tu..sedap beb..
gambar ada, tapi aku lupa nak copy dari kakak aku punya camera..huu

TENGAH HARI tu aku p lepak bersama-sama arep, faris dan park aim kat rumah park aim..
yaaa..sangat fun dan faris dah pecahkan satu jug air dan 2 mug kat sana..sori faris,park aim...aku xsengaja okay.. rasa macam salah aku..tapi..xmungkin lah..haha!dua-dua salah kut..

ne ada gambar pada waktu malam 25/12/2010



dua orang kakak

orang perlis makan xlengkap kalau xada ini kan?

...

our table...no comment! :)

here my brother..not little brother..can call it big maybe..haha!




mom n dad..

tu ja..korang tau kan apa aku buat malam tu..haha!kenyang beb!puas!
lama dah aku teringin!







Tuesday, December 21, 2010

blog walking

rini baru aku taw,bes rupanya blog walking ne..haha!
aku suka follow blog yang agak-agak unik, dan pelik(xsemua orang buat blog macam tu).

okay, tadi aku berjalan-jalan ke blog orang, kebanyakkan nya post mengutuk pasal seorang lelaki yang mengaku dirinya gay,yaa majoriti orang yang aku follow post pasal lelaki tu, aku pon xmenyokong lah wei..nak jugak buat bantahan!haha! tapi xpa lah, xmau kacau diorang, kita kat sini hanya bule doa ja bagi dia dapat hidayah, kita yang duk mngutuk ne pon bukan tentu masok syurga. mana taw sebelum dia mati, dia sempat taubat nasuha, alih-alih dia yang masukk syurga..kita?haaaa

tapi sekarang ne bukan yang tu yang aku nak cerita, tadi aku jugak melawat blog yang memang aku rajin buka blog dia bole dikatakan hari-hari lah, menunggu latest update dari dia.
tadi aku tengok dia post pasal sesuatu yang unik..SENI DARI PAKU!

aku tertanya-tanya apa maksud disebalik tajuk tu,apa seninya..bila aku buka, aku jumpa ini..

sori ya ! Oh Best !
aku pinjam gambar dari blog kau..hee~aku rasa ini menarik dan unik!




gambar semua dari ohbest.blogspot.com
ada lagi gambar, nak tengok lebih singgah la blog dia yee..
makaseh sebab baca!

Thursday, December 16, 2010

pengalaman pertama-bes


selekah ja kan aku
umur dah 18 nak ke 19 dah
tinggal 3 bulan 4 hari ja lagi
tapi masih baru nak merasa satu pengalaman pertama yang baru.
korang-korang(ceh,korang-korang la pulak) yang baca neh mesti dah up dari aku an
dah merasa macam-macam pengalaman
tapi apa aku kisah
tu pengalaman masing-masing
tapi pengalaman yang aku nak cerita ne laen
mesti ramai yang xpernah mencuba
aku pasti lah
kalau pernah
memang korang hebat(salute korang)

pengalaman pertama aku berlaku semalam
di mana aku kena cuci toilet bowl beramai-ramai
guna tangan beb!
mau pakai berus jamban xpa jugak
haha!korang pernah buat?
tak kan..tapi xpa..
aku di sini bukan nak bermegah
geli kot..
tapi semalam aku pejamkan mata
hulurkan tangan
tonyoh-tonyoh jamban tu...

okay,itulah pengalaman pertama yang xpernah aku buat sebelum ne..
nak cuba x rasa macam mana?
cuba la,buka penutup toilt bowl tu,hulurkan tangan,sila lah rasa..=) babai


haha!kotor kan?ne bukan toilet bowl bilik aku okay..mine is better than this..
sekian

Wednesday, December 15, 2010

JALAN LAJU

hari ne kadet 2010 upnm dijadualkan untuk menjalani aktiviti Jalan Laju.
Jalan nya jarak 5 KM ja..tapi sehari semalam kami diarahkan untuk menbawa pasir sebanyak 4 mes tin penuh(bekas makanan yang diisukan kepada budak-budak kadet)..ya aku tengok macam sikit ja..dengar jurulatih aku cakap, 4 mes tin, aku senyum..tapi senyuman aku kabur bila aku selesai mencedok pasir tersebut, ya beratnya x lah berat mana..tapi mau kena lari 5km galas beg berisi pasir tu, MERENEK jugak aku..

pagi tadi kemas!haha!bangun kompem2 aku xmandi, dengan berpakaian FSMO(full service marching order), aku tanya membe aku,

weh, rasa perit dak galas beg pasir ne buat jalan laju?

kawan aku jawab,

alaa,xda hal lah..hang lari ja japgi..bukan jauh sangat pon,5 ja..

aku diam sepanjang perjalanan aku pergi tapak baris pagi..
tepat jam 8.00 pagi tadi,kompeni aku dilepaskan untuk berlari mengikut laluan yang telah ditetapkan,

1km pertama: kami bernyanyi beramai-ramai sambil berlari bagi menaikkan semangat
2km seterusnya: para lelaki yang ada kekuatan ala-ala macam badang mula jadi tempat untuk tumpang beg ladies..haha!(nasib bek aku keding dan kurang kuat)
3km dan seterusnya: masing-masing semua dah xkeruan, masing-masing memaki orang, xlupa juga kepada seorang kadet perempuan yang menangis sebab penat..haha!

habes jalan laju ja,kami dibenarkan letak tepi beg yang berat tu,saat tu aku rasa macam badan aku ada kepala dengan kaki ja, badan dah kebas..haha!
balik bilik lepas selesai semua mandi bersih apa yang patut..aku tengok kawan aku yang aku ajukan soalan di atas, berjalan mengengkang pelan-pelan pi kat loker dia..aku senyum lebar masa tu..haha! bila tibanya malam,masing-masing aku tengok sedang mengusap-usap manja kaki mereka dengan minyak angin..


kepada sesiapa yang xpaham apa itu FSMO ne aku nak bagitaw..sama ja macam dalam gambar bawah ne..(pakaian n beg ja okay, segala yang laen tu bergantung kepada aktiviti la)

okay..mau rehat,tidor.letih

Saturday, December 11, 2010

teringin la pulak




sekarang ne..banyak benda aku teringin nak buat..aku teringin nak balik..nak p makan laksa kat kola!haha..nak upload gambaq..tapi gambaq dalam inet xsama dengan gambar sebenar kat kuala perlis..haha!

aku jugak teringin nak makan kenny rogers!gila mahal benda yang aku teringin noh..tapi aku teringin laaa....ala2 budak-budak teringin eskrim tu....haa,macam tu ah aku teringin kenny rogers.
aku ada menu feveret kat kenny rogers..=)






yang bawah ne honey chicken..
aku xpernah makan g..
baru duk usha2..macam sedap..haha

ini faveret drink aku..hee~tnggi an taste aku..


ini kenny quarter meal...nampak sedap an?(memang sedap pon)



tu ja yang aku teringin nak makan bila duk sini..maw kira makanan kat perlis..jenuh aku mengarang..karangan budak spm pon kalah..haha!




Tuesday, December 7, 2010

..tiada tajuk..

okay..hari ne aku outing..outing pon xkemana..hanya berjalan-jalan sambil menderma kat mcDONALS, food court(makanan xla sedap pon..harga ja berlagak macam makanan dia hebat)
btw..bub makan tu kita tolak tepi nah..aku nak bagi tau..tadi ak ubeli vitamin!for muscle builder...boleh kah aku nak membina muscle aku...impian nak jadi ala2 van diesel gitu...kah3(angan-angan mengalahkan tinggi otomen) tapi xpa...mencuba xsalahkan..=)

kesempatan berouting hari ni aku isikan dengan tengok wayang bersama nurul auni zulkhairi..aku pon xpaham...aku kuar outing..mesti tengok wayang..wayang.wayang.wayang..
aku orang kampung..hidup di negeri xberwayang..haha!mungkin wayang itu masih lagi benda baru buat aku..sementara tunggu nak jemu noh..

balik bilik..aku on9..masih lagi berjalan-jalan, tapi kali ne aku berjalan di alam maya nama tempat perjalanan aku terjadi adalah FACEBOOK..setengah jam aku jalan..tiba-tiba aku terhenti di satu 'RnR'..kat situ ada someone post video pelik!(bagi aku ianya satu benda yang pelik..bagi orang laen aku xtaw la..haha)
video tentang majlis persandingan 1 pasangan pengantin ne,persandingan pengantin tu disajikan dengan tarian BREAK DANCE...ya..mungkin pasangan pengantin sekarang dah moden kot..haha!dah xpakai silat..=.="
aku pon xpaham..orang laen(bangsa laen) pon xbuat macam tu..kita pi buat...

ni link dia..tengok lah..kalau xbuleh..aku xmau kata apa..mungkin xadd friend lagi kut..


isk..apa aku komen pasal majlis orang neh..sory..

Monday, December 6, 2010

training

nak aku cerita kan apa maksud training?nak?
aku malas..so..kalau nak pon..aku xnak cerita okay..=)
aku nak bagitau..hari ne aku bangun awal..pukul 5.15..dah ada orang memekak kat bawah blok..
'LEKIU!!!!!TURUUUNNNN!!!!!LEKIUUU!!!TURUUUNNN!!!!!'(lekiu tu nama batalion aku a.k.a batalion for batch 2010) batalion ne idle cikit..haha!well..aku pon xpaham awat batalion aku jadi macam ne..

pagi tadi,pukul 6.30,dah berbaris dekat dataran kawad..untuk perbarisan pagi sebelum PHYSICAL TRAINING(PT) bermula...
PT hari ne laen..tapi mungkin laen sebab dia PT permulaan kut noh....hari-hari yang akan mendatang ne dengar kata akan menjadi lebih tough!agak2 apaaalaaaa depa nak buat kat kami aaa...

aku tulis ne point satu jaa..haha!nak bagitau, sok aku dapat OUTING!haha!like dak?
lama mana dah aku duk terperap dekat dalam ne...duk baw upnm ja...nak jugak baw midvalley,pavillion..haha!
k lah...kena turun seyh..babai!

Sunday, December 5, 2010

selamat tinggal

Hari ne aku mula merasakan satu keperitan yang aku cuba elak sejak seberapa lama dulu...
Hari ne family aku yang terdiri daripada ayah,mak,kakak and adik aku akan berangkat ke New Zealand..family aku ke sana nak menghadiri majlis graduation kakak sulung aku..
tapi aku,
tetap duduk disini..kat sini aku hanya mampu mendongak ke langit,
melihat kapal-kapal terbang terbang ke sana ke sini
Hari ne..pada pukul 5 petang..aku menunggu di bawah blok...ya..dan sekali lagi akan mendongak ke langit..mungkin aku dapat melihat kapal terbang yang family aku naek..tapi hanya satu kemungkinan kan *banyak kapal terbang,bukan satu...teka pi la.....
Satu keperitan kan..bagi seseorang yang xpernah ke luar negara, dan sentiasa berharap agar dapat terbang ke sana suatu hari nanti...huu~TAPI AKU STUCK KAT SINI! sh*t

buat pertama kali nya..family aku pergi mana2..aku mula berasa sebak..
dulu x pernah pon..sebab apa..
sebab masa aku sekolah dulu aku dah menyimpan angan-angan,,
angan-angan nak join majlis graduation kakak aku..
tapi sekarang..angan-angan tu aku tanam dalam-dalam,
aku hanya mampu menelan kata-kata,
'mak pergi dulu na,dik hir jaga diri..latihan buat elok-elok..injured, mak xda'

ok lah..xmau menulis lagi...byebye...semoga selamat perjalanan kamu semua!

Friday, December 3, 2010

hari yang seronok.kemudian jadi xseronok..

hari ni U aku buat jamuan hari raya aidiladha..apa lah kan..dah berapa lama dah orang raya..ibu lembu pon dah lupa dah laki dia kena sembelih buat raya korban..haha! tapi aku terima ja..majlis kan..dan yang aku nak highlight kat sini..aku jadi pembantu di bahagian dapur..haha!agak menyeronokkan..sebab aku memang suka tolong kenduri..bagi aku..suasana nya sama ja macam kenduri kat kampung..cuma sapa yang xterlibat xkan dapat tafsir keseronokan daripada apa yang depa nampak....

okay, aku mulakan dengan pagi..pagi2 lagi aku bangun dah pukul 6.00..ajaib!selalunya aku akan bangun pukul 6.30..haha!tu pon punya la liat..roomate aku ja yang tau..aku bangun pagi tadi..aku rasakan angin sejuk yang membawa embun pagi meniup-niup badan aku yang hanya bersinglet dan berseluar pendek..jadi, aku mengambil keputusan mudah..'sejuknyaaaa! umph..xpayah mandi lah' haha!mudah kan prinsip aku..pagi tu..turun-turun aku p baris pagi..cuma berpakaian baju sukan ja..haha..orang laen semua berbaju uniform segak-segak belaka..tapi apa aku heran..aku lebih rela berpakaian macam tu, p tolong kat dapuq mess..senang nak siap..=)

lepas baris aku dipanggil ke pejabat pasal urusan surat perjanjian..okay aku xmau cerita pasal tu..hal tu saja dah mengambil masa aku selama beberapa jam..hanya berdiri menunggu ketibaan staf yang terlibat dibahagian itu..lepas tu,pukul 12.30 baru lah aku turun dewan makan(mess) p tolong-tolong apa yang patut..haha!saat tu aku rasa macam duk kat kampung, i liiike that moment very much..aku ngan membe2 aku habes mengemas pukul 4.30 kalau xsilap aku..ka pukul 4 ntah..lepas tu kami kena p TTS(latihan tempur tanpa senjata)..yaa..memang aku berniat baek aku nak p TTS tu..tapi malang nya..daripada 50 orang yang terlibat dengan kerja di mess...cuma 24 orang saja yang berniat baek untuk turun TTS..

jadi..disini lah bermulanya titik hitam aku pada hari nie..sangat aku xsangka bila kami diberi hukuman bertubi2..aku xmau cerita hukumannya macam mana nanti hampa semua kata aku buat terok plak kan..so..lebih baek aku diamkan diri..=)
ya2...memang terok kami kena..saat tu kaki aku mula terketar-ketar..tekak aku mula terasa kering..saat tu aku bertanya pada diri sendiri...apa salah aku buat neh?apa yang xkena dengan aku dua tiga hari neh?adakah aku telah mengganggu sesiapa?
dengan kudrat aku yang tinggal berapa percent aku pon dah xtaw, aku teroskan jugak apa saja hukuman yang diberi...

sekarang aku dah kat bilik..mengurut kaki2 aku yang terasa sengal...haha!rasa macam dah xda lutuit dah..aku hrap hari yang mendatang..xterlalu terok..tapi aku taw..itu semua hanyalah harapan yang mustahil bakal berlaku..

sekian nah..aku masih perlu mengurut kaki aku ne..=)

Thursday, December 2, 2010

assalamualaikum

tengok tajuk pon dah macam dapat faham kan..macam orang baru buat blog ja..*ceh..padahal dah lama blog ne berhabuk xpernah dibuka dan dikarang macam blogger2 yang laen duk buat kat blog sendiri kan..

aku sebenarnya dah la am buat blog ne..cuma aku berasa tersangatlah malas nak menaip,mengarang,berfikir ayat-ayat yang menarik..orang kata 'tulis ja apa-apa..apa-apa yang terjadi pada kita...'
tapi aku laen sikit..aku ne jenis pikir panjang..nak buat satu-satu hal..nuh..sampai london aku pikir..dari A-Z lah kiranya..las2,apa pon xjadi..YA..ITULAH AKU!

mari kita mula dari A ya..
  • Nama aku Mohd Shahir Bin Kholim
  • Umur aku 18 tahun sat nak kira bulan....(kira sendiri lah ye...tengok birthday aku..kira..)
  • Aku dilahirkan pada 19.03.1992(pukul berapa, aku xpernah check kat surat beranak aku..serius aku cakap..terok kan?)
  • Aku dilahirkan kat hospital jaa..xmewah pon macam orang laen..lahir dalam kereta la..kat tengah-tengah bandar la..haha!time aku lahir pon bapak aku pakai kereta proton saga ja..mau aku megah kat sini pon orang xheran..baby sekarang ne ada lahir dalam kapal terbang lagi..hah..lagi hebat..besaq-besaq jadi pilot lah kononnya..xpa, abaikan..
  • Aku start sesi pembelajaran si sek rendah start umur aku 6 tahun..hebat dak.haha!aku menumpang ja..kat sekolah dato wan ahmad,perlis dah mak aku cikgu kat sekolah tu..baru-baru masok ja..dah kena tendang masok tadika balik..haha!GANGSTER DAK AKU?aku terlibat dengan kes passing-passing surat cinta..haha!tu surat orang..dia suh aku p bagi..aku pon time tu bodo-bodo siput lagi..dengan muka rilek nya p la bagi..alih-alih budak tu p repot kat cikgu kata aku kacau dia..naahhh..awat xambek..
  • Besaq sikit..aku darjah satu, aku daftar kat sekolah kebangsaan kayang..haha!sekolah ne banyak bagi aku kenangan..time ne..ramai orang gerun ah dengan aku..rekod aku dari darjah satu sampai darjah 5 derek final exam no dalam kelas mesti antara no 1,2,3..sapa xgerun..mau hampa kelas ngan aku pon hampa gerun..kah3..!xad lah, saja nak megah sebentar..kat sekolah ne aku dapat 5 A tau upsr..=)
  • Okay, besaq sikit lagi..aku daftar kat sekolah menengah kebangsaan derma, tetap perlis okay..sekolah ne banyak jugak bagi kenangan kat aku..dan aku banyak nuat kes..haha!sapa kenal aku depa taw la apa kes yang aku dah buat..sampai cikgu dah xlarat nak tegoq dah kan...kat sini aku xda la top sangat, sebab aku humble time sekolah menengah..haha! lagi pon, kawan2 aku hot2 belaka, segak-segak, aku apa ada..kat sekolah ne lah aku menempa nama sebagai budak 8A PMR..time neh kembang hidung-hidung xda sapa tau..aku ja..haha!tapi malang nya time SPM..aku p amek result..YA ALLAH..A banyak xtaw nak cakap la..tapi disebabkan aku sorang ja yang p ambik result..mak pak n kakak-kakak aku xpi..aku larat bawak balik 5 ja A..sedih kan..tu la..sapa suh xmau mai teman, kalau x banyak dah A kita bawak balik..(ok, mengarut lagi)
  • Lepas sekolah menengah..aku mengambil keputusan nak masok UPNM(Universiti pertahanan Nasional Malaysia)..yaa..ramai orang tanya aku 'eh,hang minat ka tentera? eh,bole ka hang jadi tentera ne, badan kecik ja..kuruih.' dan pelbagai lagi..aku telan semua pertanyaan tu..dan sekarang hampa tengok sendiri lah yee..aku berjaya bertahan sampai sekarang kan..
Aku masok sini sebab apa tau..meh aku mengaku kat sini..aku masok sini nak kata minat tu, ada la sikit-sikit..sebab utama aku masok sini, sebab aku pikiaq pasal result yang aku dapat..kat mana aku nak masok belajaq tanpa susahkan mak bapak aku nak tanggung pembelajaran aku disebabkan kemalasan aku sendiri..nak harap PTPTN? satu sem dapat duit..tu pon tah ke cukup buat nak beli buku dengan kelengkap diri..kan..aku xmau mak bapak aku pening kepala pikir duit..mak bapak aku nak p haji jugak..kalau semua duit duk labur kat aku..bila depa nak p haji..mak bapak orang laen..terbang berapa kali dah nak p haji..hah..xkan la mak bapak aku xteringin kan..
Lagi satu sebab aku masok sini..sebab ramai orang kata aku xmampu bertahan duk kat sini..ya..aku mengaku, 4 hari pertama aku masok sini..aku telah mengalami satu kejutan budaya yang teramat dasyat bagi diri aku..dan aku berasa macam nak tarik diri ja..tapi aku pikir kepada apa yang orang kata..aku kuat kan semangat aku..aku mengaku 4 hari pertama aku memang banyak nangis..aku menangis sebab aku memikirkan kenapa aku masok sini..kenapa aku terlampau nak tunjukkkan kepada orang yang aku BOLEH! tapi sekarang..semua tengok lah..apa aku jadi..aku dapat bertahan kan..awal2 memang perit..sebab kita xpernah rasa macam mana kena pacak kepala di atas tar pada waktu tengah hari..kita xpernah rasa macam mana 'knuckle clap' dan berbagai lagi..tapi bila dah kenal..semua benda jadi mudah..haha!

KAWAN2..TOLONG DOAKAN AKU BERJAYA DISINI YA!
aku perlu pergi..terlalu panjang tulisan aku..