Wednesday, December 15, 2010

JALAN LAJU

hari ne kadet 2010 upnm dijadualkan untuk menjalani aktiviti Jalan Laju.
Jalan nya jarak 5 KM ja..tapi sehari semalam kami diarahkan untuk menbawa pasir sebanyak 4 mes tin penuh(bekas makanan yang diisukan kepada budak-budak kadet)..ya aku tengok macam sikit ja..dengar jurulatih aku cakap, 4 mes tin, aku senyum..tapi senyuman aku kabur bila aku selesai mencedok pasir tersebut, ya beratnya x lah berat mana..tapi mau kena lari 5km galas beg berisi pasir tu, MERENEK jugak aku..

pagi tadi kemas!haha!bangun kompem2 aku xmandi, dengan berpakaian FSMO(full service marching order), aku tanya membe aku,

weh, rasa perit dak galas beg pasir ne buat jalan laju?

kawan aku jawab,

alaa,xda hal lah..hang lari ja japgi..bukan jauh sangat pon,5 ja..

aku diam sepanjang perjalanan aku pergi tapak baris pagi..
tepat jam 8.00 pagi tadi,kompeni aku dilepaskan untuk berlari mengikut laluan yang telah ditetapkan,

1km pertama: kami bernyanyi beramai-ramai sambil berlari bagi menaikkan semangat
2km seterusnya: para lelaki yang ada kekuatan ala-ala macam badang mula jadi tempat untuk tumpang beg ladies..haha!(nasib bek aku keding dan kurang kuat)
3km dan seterusnya: masing-masing semua dah xkeruan, masing-masing memaki orang, xlupa juga kepada seorang kadet perempuan yang menangis sebab penat..haha!

habes jalan laju ja,kami dibenarkan letak tepi beg yang berat tu,saat tu aku rasa macam badan aku ada kepala dengan kaki ja, badan dah kebas..haha!
balik bilik lepas selesai semua mandi bersih apa yang patut..aku tengok kawan aku yang aku ajukan soalan di atas, berjalan mengengkang pelan-pelan pi kat loker dia..aku senyum lebar masa tu..haha! bila tibanya malam,masing-masing aku tengok sedang mengusap-usap manja kaki mereka dengan minyak angin..


kepada sesiapa yang xpaham apa itu FSMO ne aku nak bagitaw..sama ja macam dalam gambar bawah ne..(pakaian n beg ja okay, segala yang laen tu bergantung kepada aktiviti la)

okay..mau rehat,tidor.letih

No comments: