Sunday, December 26, 2010

KAMPUNG


balik kampung sekarang ne sesuatu yang amat berharga bagi aku..haha!ayat loser gila!

hari jumaat lepas, aku dapat weekend(kat sini, hujung minggu yang dapat cuti keluar dari UPNM dipanggil weekend) kami dapat 3 hari 2 malam weekend.sangat excited!
aku balik niat nak suprise family aku,aku tipu diorang kata aku xdapat cuti..alih2 diaorang bangun2 tido, aku dah berdiri dalam rumah..haha!
adik aku yang susah bangun pagi pon, gagah celik biar pun sikit..nak tengok abang dia kot no..haha!
i like!

aku balik, kak aku bagi aku men DSLR dia..canon 1000D
haha!aku x la pro macam kawan-kawan aku..juz amik gambar random dan xseberapa..aku amik ja,macam pakai camera digital biasa..aku xbelajar lagi nak guna itu ini...
PAGI tu kami p makan capati..yaa..aku hampir lupa kesedapan capati dekat beseri tu..sedap beb..
gambar ada, tapi aku lupa nak copy dari kakak aku punya camera..huu

TENGAH HARI tu aku p lepak bersama-sama arep, faris dan park aim kat rumah park aim..
yaaa..sangat fun dan faris dah pecahkan satu jug air dan 2 mug kat sana..sori faris,park aim...aku xsengaja okay.. rasa macam salah aku..tapi..xmungkin lah..haha!dua-dua salah kut..

ne ada gambar pada waktu malam 25/12/2010



dua orang kakak

orang perlis makan xlengkap kalau xada ini kan?

...

our table...no comment! :)

here my brother..not little brother..can call it big maybe..haha!




mom n dad..

tu ja..korang tau kan apa aku buat malam tu..haha!kenyang beb!puas!
lama dah aku teringin!







Tuesday, December 21, 2010

blog walking

rini baru aku taw,bes rupanya blog walking ne..haha!
aku suka follow blog yang agak-agak unik, dan pelik(xsemua orang buat blog macam tu).

okay, tadi aku berjalan-jalan ke blog orang, kebanyakkan nya post mengutuk pasal seorang lelaki yang mengaku dirinya gay,yaa majoriti orang yang aku follow post pasal lelaki tu, aku pon xmenyokong lah wei..nak jugak buat bantahan!haha! tapi xpa lah, xmau kacau diorang, kita kat sini hanya bule doa ja bagi dia dapat hidayah, kita yang duk mngutuk ne pon bukan tentu masok syurga. mana taw sebelum dia mati, dia sempat taubat nasuha, alih-alih dia yang masukk syurga..kita?haaaa

tapi sekarang ne bukan yang tu yang aku nak cerita, tadi aku jugak melawat blog yang memang aku rajin buka blog dia bole dikatakan hari-hari lah, menunggu latest update dari dia.
tadi aku tengok dia post pasal sesuatu yang unik..SENI DARI PAKU!

aku tertanya-tanya apa maksud disebalik tajuk tu,apa seninya..bila aku buka, aku jumpa ini..

sori ya ! Oh Best !
aku pinjam gambar dari blog kau..hee~aku rasa ini menarik dan unik!




gambar semua dari ohbest.blogspot.com
ada lagi gambar, nak tengok lebih singgah la blog dia yee..
makaseh sebab baca!

Thursday, December 16, 2010

pengalaman pertama-bes


selekah ja kan aku
umur dah 18 nak ke 19 dah
tinggal 3 bulan 4 hari ja lagi
tapi masih baru nak merasa satu pengalaman pertama yang baru.
korang-korang(ceh,korang-korang la pulak) yang baca neh mesti dah up dari aku an
dah merasa macam-macam pengalaman
tapi apa aku kisah
tu pengalaman masing-masing
tapi pengalaman yang aku nak cerita ne laen
mesti ramai yang xpernah mencuba
aku pasti lah
kalau pernah
memang korang hebat(salute korang)

pengalaman pertama aku berlaku semalam
di mana aku kena cuci toilet bowl beramai-ramai
guna tangan beb!
mau pakai berus jamban xpa jugak
haha!korang pernah buat?
tak kan..tapi xpa..
aku di sini bukan nak bermegah
geli kot..
tapi semalam aku pejamkan mata
hulurkan tangan
tonyoh-tonyoh jamban tu...

okay,itulah pengalaman pertama yang xpernah aku buat sebelum ne..
nak cuba x rasa macam mana?
cuba la,buka penutup toilt bowl tu,hulurkan tangan,sila lah rasa..=) babai


haha!kotor kan?ne bukan toilet bowl bilik aku okay..mine is better than this..
sekian

Wednesday, December 15, 2010

JALAN LAJU

hari ne kadet 2010 upnm dijadualkan untuk menjalani aktiviti Jalan Laju.
Jalan nya jarak 5 KM ja..tapi sehari semalam kami diarahkan untuk menbawa pasir sebanyak 4 mes tin penuh(bekas makanan yang diisukan kepada budak-budak kadet)..ya aku tengok macam sikit ja..dengar jurulatih aku cakap, 4 mes tin, aku senyum..tapi senyuman aku kabur bila aku selesai mencedok pasir tersebut, ya beratnya x lah berat mana..tapi mau kena lari 5km galas beg berisi pasir tu, MERENEK jugak aku..

pagi tadi kemas!haha!bangun kompem2 aku xmandi, dengan berpakaian FSMO(full service marching order), aku tanya membe aku,

weh, rasa perit dak galas beg pasir ne buat jalan laju?

kawan aku jawab,

alaa,xda hal lah..hang lari ja japgi..bukan jauh sangat pon,5 ja..

aku diam sepanjang perjalanan aku pergi tapak baris pagi..
tepat jam 8.00 pagi tadi,kompeni aku dilepaskan untuk berlari mengikut laluan yang telah ditetapkan,

1km pertama: kami bernyanyi beramai-ramai sambil berlari bagi menaikkan semangat
2km seterusnya: para lelaki yang ada kekuatan ala-ala macam badang mula jadi tempat untuk tumpang beg ladies..haha!(nasib bek aku keding dan kurang kuat)
3km dan seterusnya: masing-masing semua dah xkeruan, masing-masing memaki orang, xlupa juga kepada seorang kadet perempuan yang menangis sebab penat..haha!

habes jalan laju ja,kami dibenarkan letak tepi beg yang berat tu,saat tu aku rasa macam badan aku ada kepala dengan kaki ja, badan dah kebas..haha!
balik bilik lepas selesai semua mandi bersih apa yang patut..aku tengok kawan aku yang aku ajukan soalan di atas, berjalan mengengkang pelan-pelan pi kat loker dia..aku senyum lebar masa tu..haha! bila tibanya malam,masing-masing aku tengok sedang mengusap-usap manja kaki mereka dengan minyak angin..


kepada sesiapa yang xpaham apa itu FSMO ne aku nak bagitaw..sama ja macam dalam gambar bawah ne..(pakaian n beg ja okay, segala yang laen tu bergantung kepada aktiviti la)

okay..mau rehat,tidor.letih

Saturday, December 11, 2010

teringin la pulak




sekarang ne..banyak benda aku teringin nak buat..aku teringin nak balik..nak p makan laksa kat kola!haha..nak upload gambaq..tapi gambaq dalam inet xsama dengan gambar sebenar kat kuala perlis..haha!

aku jugak teringin nak makan kenny rogers!gila mahal benda yang aku teringin noh..tapi aku teringin laaa....ala2 budak-budak teringin eskrim tu....haa,macam tu ah aku teringin kenny rogers.
aku ada menu feveret kat kenny rogers..=)






yang bawah ne honey chicken..
aku xpernah makan g..
baru duk usha2..macam sedap..haha

ini faveret drink aku..hee~tnggi an taste aku..


ini kenny quarter meal...nampak sedap an?(memang sedap pon)



tu ja yang aku teringin nak makan bila duk sini..maw kira makanan kat perlis..jenuh aku mengarang..karangan budak spm pon kalah..haha!




Tuesday, December 7, 2010

..tiada tajuk..

okay..hari ne aku outing..outing pon xkemana..hanya berjalan-jalan sambil menderma kat mcDONALS, food court(makanan xla sedap pon..harga ja berlagak macam makanan dia hebat)
btw..bub makan tu kita tolak tepi nah..aku nak bagi tau..tadi ak ubeli vitamin!for muscle builder...boleh kah aku nak membina muscle aku...impian nak jadi ala2 van diesel gitu...kah3(angan-angan mengalahkan tinggi otomen) tapi xpa...mencuba xsalahkan..=)

kesempatan berouting hari ni aku isikan dengan tengok wayang bersama nurul auni zulkhairi..aku pon xpaham...aku kuar outing..mesti tengok wayang..wayang.wayang.wayang..
aku orang kampung..hidup di negeri xberwayang..haha!mungkin wayang itu masih lagi benda baru buat aku..sementara tunggu nak jemu noh..

balik bilik..aku on9..masih lagi berjalan-jalan, tapi kali ne aku berjalan di alam maya nama tempat perjalanan aku terjadi adalah FACEBOOK..setengah jam aku jalan..tiba-tiba aku terhenti di satu 'RnR'..kat situ ada someone post video pelik!(bagi aku ianya satu benda yang pelik..bagi orang laen aku xtaw la..haha)
video tentang majlis persandingan 1 pasangan pengantin ne,persandingan pengantin tu disajikan dengan tarian BREAK DANCE...ya..mungkin pasangan pengantin sekarang dah moden kot..haha!dah xpakai silat..=.="
aku pon xpaham..orang laen(bangsa laen) pon xbuat macam tu..kita pi buat...

ni link dia..tengok lah..kalau xbuleh..aku xmau kata apa..mungkin xadd friend lagi kut..


isk..apa aku komen pasal majlis orang neh..sory..

Monday, December 6, 2010

training

nak aku cerita kan apa maksud training?nak?
aku malas..so..kalau nak pon..aku xnak cerita okay..=)
aku nak bagitau..hari ne aku bangun awal..pukul 5.15..dah ada orang memekak kat bawah blok..
'LEKIU!!!!!TURUUUNNNN!!!!!LEKIUUU!!!TURUUUNNN!!!!!'(lekiu tu nama batalion aku a.k.a batalion for batch 2010) batalion ne idle cikit..haha!well..aku pon xpaham awat batalion aku jadi macam ne..

pagi tadi,pukul 6.30,dah berbaris dekat dataran kawad..untuk perbarisan pagi sebelum PHYSICAL TRAINING(PT) bermula...
PT hari ne laen..tapi mungkin laen sebab dia PT permulaan kut noh....hari-hari yang akan mendatang ne dengar kata akan menjadi lebih tough!agak2 apaaalaaaa depa nak buat kat kami aaa...

aku tulis ne point satu jaa..haha!nak bagitau, sok aku dapat OUTING!haha!like dak?
lama mana dah aku duk terperap dekat dalam ne...duk baw upnm ja...nak jugak baw midvalley,pavillion..haha!
k lah...kena turun seyh..babai!