Friday, May 6, 2011

1st for now (macam histeria)

okay..aku balik ke sini nak buang sawang kat sini..dah banyak dah sawang nya..dah berhabuk..penat labah-labah..hari-hari duk tolong aku isi kekosongan blog ni..aku bukan apa..aku malas + aku xpandai mengarang..langsung OKAY..

aku nak cerita pasal hari ne..tapi dah di sebabkan jam kat tangan aku dah masuk pukul 2.00 pagi..aku akan cerita pasal semalam..iaitu hari khamis..dimana aku telah bertarung separuh nyawa menjawab exam statistic..actually exam tu xda la susah mana pon..cuma besa la kan..aku dari sekolah menengah dulu hobi aku memang lena dalam kelas..so..no wonder la aku xdapat jawab exam dengan gilang gemilang macam apa yang kawan-kawan aku selalu buat bila jawab exam..tapi aku rasa bangga jugak la..tadi aku dapat jawab..siap sempat lena lagi..hah..cuba habaq bagi..budak genius pon xbole lena dalam exam..aku ne maknanya lagi genius neh..

hari khamis aku xda benda bes pon yang jadi..pagi-pagi lagi aku dah pi kelas.exam pukul 9 - 12 tengah hari..balik dari exam.sampai bilik dah pukul 1 tengah hari..pukul 2 lebih-lebih..aku dah cari tempat keramat aku..empuk bagai..haha!pastu aku lena sampai pukul 8!haha! okay aku taw aku terlepas solat asar..huhu..
aku terjaga dari tido setelah aku dengar kawan aku duk meradang sorang-sorang..puas aku tengik dia maki laptop dengan broadband dia..sampai nak hempuk,baling-baling lah kira..macam dah kena histeria..aku fikir macam nak bangun dari katil..pi usap2 dada dia suh selawat banyak-banyak ja..

aku tanya dia dari jauh*orang histeria kita xboleh duk dekat

"jim(nama dia azeem)..awat hang neh? marah gaya..laptop hang masalah apa?"

"ntah la weh..macam apa ja laptop ne..tiba-tiba ja xmau connect internet.tadi aku tengok iman pakai oke ja.." dia jawab dengan nada slow..

aku bangun p dekat dia.niat nak tengok laptop dia..kot la aku boleh guna aplikasikan ilmu aku sikit..sampai ja dekat dia, aku tarik wayar external untuk broadband.aku bagi kat dia.aku belah masuk toilet..dalam toilet aku jerit kuat-kuat,

"okay lah hang xsambung wayar.hang maki laptop hang"

Wednesday, January 26, 2011

bila bosan dalam kelas

ne time kelas malam..tapi lect aku yang comel2 tu xmai..haha!so kami belajar lah sendiri..
bagus dak?


hah..ini dekan!haha!bijak bhai dia ne..sungguh aku xmuhung

haha!banyak dak benda aku makan..semata-mata nak bagi mata aku berjaga time lecture

ne plak..saja ja aku buh..ne semua barang2 kelengkap untuk kena taji!haha!
ini orang panggil battle order..
kalau sebut ja battle order..semua dah sendiri-sendiri paham kena pakai apa..




tu ja!xda tujuan pon aku post neh..haha!saja ja..xtaw nak buat apa....=.="



bagi aku...upnm itu cantik

aku dengar-dengar skuad aku selalu kata..upnm xcantik..
aku cuba nilai dari beberapa sudut yang kau taw tentang kecantikan sesuatu tempat..haha
ternyata..bagi aku, UPNM itu cantik..
cantik bagi sebuah universiti yang sedang membangun..
yang sedang dibina beberapa fakultinya sendiri..
jika dulu semua 3 course berpayungkan satu fakulti iaitu engineering,
sekaran..semua bangunan fakulti semakin rancak naik..
buruh-buruh hari-hari kerja..ketuk sana sini nak bagi kadet belajar selesa..

kalau dinilai dari segi tempat tapak pembinaan..
bangunan yang semakin meninggi..
buruh-buruh yang buat kerja..
terdapat satu kecantikan di situ..
korang ingat construction site xcantik ka?
aku hari-hari tengok..baru aku nampak apa istimewanya..
bila dah siap satu-satu bangunan tu..
lain plak ceritanya ya..

UPNM kalau waktu malam..walaupun xmacam universiti luar,
yang malamnya riuh dengan gelak tawa orang-orang,
ramai dengan orang lalu-lalang,
tapi kalau jalan sorang2 naik seri kinabalu tu..aku rasa korang akan nampak..
apa yang aku maksud kan..haha!
aku ne bukan la pandai sangat menilai...
tapi tu la..juz bagi pandangan aku..
but i got some picture..lets see...

mintak maaf yee..camera aku bukan DSLR..mau x memnag nampak lah cantiknya..
tapi ne xclear sangat..huu



yang bersinar itu adalah library..baru ja seminggu dua dibuka..aku pon xpernah menjejakkan kaki lagi...



Friday, January 21, 2011

lama dah aku xpost sesuatu..aku sebenarnya dah kehilangan identiti sejak kebalakangan ne..cakap pon kurang betol..apatah lagi nak conteng-conteng kat sini kan..harapanlah..

hari ne aku tersentap sendiri bila aku tiba-tiba merasakan,kawan kat sini bukan seperti kawan-kawan aku yang lepas..kawan kat sini aku rasa lain,bukan lain sebab diorang bergaya lebih sebab duk KL ka apa..tapi aku rasa banyak bercakap dari belakang..

bila aku ada masalah dengan seorang manusia..kawan aku merangkap kawan dia jugak..pandang aku semacam..
asal eh,ada aku buat salah ka kat kawan-kawan..kat kau kau nak rasa..itu kau punya pasal lah..walaupun aku tau..kami buat 3 orang..tapi yang kena nya aku ja kan..yang lain tetap kau layan macam adik beradik..mesti ada orang cerita kat kau bahawasanya aku yang jadi master mind kan.....tapi xpa..aku redha ja..
tapi kau kena sedar lah...hidup ne macam roda..dulu aku salah aku kena..kau buat aku tak ubah macam musuh..sampai sekarang kau buat aku macam musuh kan..tapi setahu aku..aku dah berubah..buktinya..sangat jarang nak jumpa aku buat salah dari segi sikap n perbuatan kan..aku bangun pagi aku buat kemas barang aku semua..sampai xda apa yang tinggal..bangun pon awal...kau? bila kau bangun lewat..orang tinggal..kunci segala pntu toilet...kau bising..kau claim kawan kau SABO kau..dulu kau ngan kawan-kawan kau buat kat aku...ada aku adu kat sapa-sapa....?ada tak..?aku simpan jugak dalam hati..aku kena taji..aku sabar..aku taw...tu salah aku jugak..sebab tak bangun pagi....kalau sekarang nak jumpa baju aku xberbasuh sampai 2,3 hari..sangat lah susah..sebab aku dah berubah..kau xnampak kah?!

dan kau tahu tak..orang yang kau layan macam adik beradik tu duk mengata kau dari belakang..
kau terok la..
kau malas la
kau lambat bangun la
kau xbuat kerja la
macam2 kau lagi lah..mau aku nak hurai..tak terbaca dek orang nanti..
kau sedar la kawan..aku masih anggap kau kawan lagi.....sebab kita nak hidup sama2 ada lagi 4 taun lagi..aku pon xda la baek sangat..tapi aku terima bila dulu korang tengking aku..perli aku bila aku buat salah..sampai nak gaduh2..bekas gaduh kat dinding pon aku xhilangkan..sebab aku nak ingat sampai bila-bila bahawa aku pernah buat salah, dan aku perlu berubah..

kau kaut lah seramai mungkin kawan aku supaya diorang semua bencikan aku..aku xkisah pon..sebab kawan sentiasa boleh dicari........
sekian...





Thursday, January 6, 2011

blog walking 2

BABY + LIMAU = ?


haha..tadi aku ada menjenguk blog yang aku suka sangat setiap post dia..
kebanyakkannya lawak dan pelik dan lain dari yang lain..
haha..tadi aku jumpa post dia ne...aku baca tajuknya 'BABY+ LIMAU'..
timbul tanda tanya dalam kepala aku ...apakah yang nak diceritakan oleh si pengarang..
then aku dengan tanpa segan silunya...klik link blog dia..
haha...ternyata, sampai berair mata aku ketawa..haha

apa jadi kalau bayi yang xtahu menahu apa-apa tentang sesuatu rasa makanan..diberi buah limau...haha!


nak taw apa jadi bila baby tu rasa...klik video bawah ne.. :)




ohbest...sory for making a copy..but i want to share this to my friends.. :)
thanks for reading..

mintak maaf yee


beberapa hari lepas aku ada buat silap..
aku cuai..
atas kecuaian aku..
barang yang aku nak sangat-sangat dulu hilang..
hilang dari pandangan aku..
mungkin sekarang sedang berada dalam genggaman si pencuri..
mungkin lah..aku agak ja..

kak, aku nak mintak maaf...
MP4 hang hanyut dah..
aku pon xtaw sapa amik...
xpala..nanti aku ganti balik..huu~
hang pilih la nak duit ka mp4 baru..
tapi lewat-lewat sikit ah..
aku baru mula sem ne..
tengah nak pakai duit

tu ja aku nak tulis..
harap-harap lepas ne dah xda lagi barang aku yang hilang!
sori nah...huu

Monday, January 3, 2011

isteri kedua


semua orang juga ada impian..impian bagi aku macam sesuatu yang aku nak..dan aku akan usahakan sampai dapat..cita-cita pulak bagi aku sesuatu yang berlainan..sebab cita-cita bagi aku suatu yang diidamkan dan susah sekali nak capai..cita-cita memerlukan usaha yang berpanjangan...

impian aku, dulu-dulu mula-mula masok ke sini...adalah nak simpan duit..yaa..dulu aku sangat teringin nak simpan duit..sebab aku memikirkan aku akan menanggung anak orang suatu hari nanti..tapi apakan daya..impian tu aku masih lagi tengah usahakan sedikit demi sedikit...

tapi baru-baru ne plak..aku telah menghabiskan duit yang aku simpan semata-mata nak capai impian aku yang baru..iaitu nak merasakan sendiri perasaan menggunakan barang yang canggih-canggih..haha..sebab selalunya aku la yang paling mundur antara kawan-kawan aku..sebab..aku xsuka berbelanja membuang duit untuk membeli barang-barang eletronik..aku lebih suka menghabiskan duit-duit aku dengan membeli makanan..tu ja..tapi jumlah yang aku habiskan, lebih kurang ja dengan jumlah orang lain guna buat memajukan diri..

so kali ini..mungkin kali terakhir la..aku membeli handphone mahal a.k.a ISTERI KEDUA AKU...xda la mahal sangat pon..tapi dah cukai turun kan...aku ambik peluang lah..haha!aku minat handphone ne sebab apa tau, sebab warna dia..aku tengok warna, aku dah nekad nak beli!aku xtengok lagi function ka apa..haha..ngok kan?


ne ada gambar bini aku yang kedua..


i like her colour!


yang ne adik-beradik dia kot..haha..



ok sekian..haha!masih lagi excited menggunakan hanphone baru..haram-harap xhilang..huu

Sunday, December 26, 2010

KAMPUNG


balik kampung sekarang ne sesuatu yang amat berharga bagi aku..haha!ayat loser gila!

hari jumaat lepas, aku dapat weekend(kat sini, hujung minggu yang dapat cuti keluar dari UPNM dipanggil weekend) kami dapat 3 hari 2 malam weekend.sangat excited!
aku balik niat nak suprise family aku,aku tipu diorang kata aku xdapat cuti..alih2 diaorang bangun2 tido, aku dah berdiri dalam rumah..haha!
adik aku yang susah bangun pagi pon, gagah celik biar pun sikit..nak tengok abang dia kot no..haha!
i like!

aku balik, kak aku bagi aku men DSLR dia..canon 1000D
haha!aku x la pro macam kawan-kawan aku..juz amik gambar random dan xseberapa..aku amik ja,macam pakai camera digital biasa..aku xbelajar lagi nak guna itu ini...
PAGI tu kami p makan capati..yaa..aku hampir lupa kesedapan capati dekat beseri tu..sedap beb..
gambar ada, tapi aku lupa nak copy dari kakak aku punya camera..huu

TENGAH HARI tu aku p lepak bersama-sama arep, faris dan park aim kat rumah park aim..
yaaa..sangat fun dan faris dah pecahkan satu jug air dan 2 mug kat sana..sori faris,park aim...aku xsengaja okay.. rasa macam salah aku..tapi..xmungkin lah..haha!dua-dua salah kut..

ne ada gambar pada waktu malam 25/12/2010



dua orang kakak

orang perlis makan xlengkap kalau xada ini kan?

...

our table...no comment! :)

here my brother..not little brother..can call it big maybe..haha!




mom n dad..

tu ja..korang tau kan apa aku buat malam tu..haha!kenyang beb!puas!
lama dah aku teringin!







Tuesday, December 21, 2010

blog walking

rini baru aku taw,bes rupanya blog walking ne..haha!
aku suka follow blog yang agak-agak unik, dan pelik(xsemua orang buat blog macam tu).

okay, tadi aku berjalan-jalan ke blog orang, kebanyakkan nya post mengutuk pasal seorang lelaki yang mengaku dirinya gay,yaa majoriti orang yang aku follow post pasal lelaki tu, aku pon xmenyokong lah wei..nak jugak buat bantahan!haha! tapi xpa lah, xmau kacau diorang, kita kat sini hanya bule doa ja bagi dia dapat hidayah, kita yang duk mngutuk ne pon bukan tentu masok syurga. mana taw sebelum dia mati, dia sempat taubat nasuha, alih-alih dia yang masukk syurga..kita?haaaa

tapi sekarang ne bukan yang tu yang aku nak cerita, tadi aku jugak melawat blog yang memang aku rajin buka blog dia bole dikatakan hari-hari lah, menunggu latest update dari dia.
tadi aku tengok dia post pasal sesuatu yang unik..SENI DARI PAKU!

aku tertanya-tanya apa maksud disebalik tajuk tu,apa seninya..bila aku buka, aku jumpa ini..

sori ya ! Oh Best !
aku pinjam gambar dari blog kau..hee~aku rasa ini menarik dan unik!




gambar semua dari ohbest.blogspot.com
ada lagi gambar, nak tengok lebih singgah la blog dia yee..
makaseh sebab baca!

Thursday, December 16, 2010

pengalaman pertama-bes


selekah ja kan aku
umur dah 18 nak ke 19 dah
tinggal 3 bulan 4 hari ja lagi
tapi masih baru nak merasa satu pengalaman pertama yang baru.
korang-korang(ceh,korang-korang la pulak) yang baca neh mesti dah up dari aku an
dah merasa macam-macam pengalaman
tapi apa aku kisah
tu pengalaman masing-masing
tapi pengalaman yang aku nak cerita ne laen
mesti ramai yang xpernah mencuba
aku pasti lah
kalau pernah
memang korang hebat(salute korang)

pengalaman pertama aku berlaku semalam
di mana aku kena cuci toilet bowl beramai-ramai
guna tangan beb!
mau pakai berus jamban xpa jugak
haha!korang pernah buat?
tak kan..tapi xpa..
aku di sini bukan nak bermegah
geli kot..
tapi semalam aku pejamkan mata
hulurkan tangan
tonyoh-tonyoh jamban tu...

okay,itulah pengalaman pertama yang xpernah aku buat sebelum ne..
nak cuba x rasa macam mana?
cuba la,buka penutup toilt bowl tu,hulurkan tangan,sila lah rasa..=) babai


haha!kotor kan?ne bukan toilet bowl bilik aku okay..mine is better than this..
sekian

Wednesday, December 15, 2010

JALAN LAJU

hari ne kadet 2010 upnm dijadualkan untuk menjalani aktiviti Jalan Laju.
Jalan nya jarak 5 KM ja..tapi sehari semalam kami diarahkan untuk menbawa pasir sebanyak 4 mes tin penuh(bekas makanan yang diisukan kepada budak-budak kadet)..ya aku tengok macam sikit ja..dengar jurulatih aku cakap, 4 mes tin, aku senyum..tapi senyuman aku kabur bila aku selesai mencedok pasir tersebut, ya beratnya x lah berat mana..tapi mau kena lari 5km galas beg berisi pasir tu, MERENEK jugak aku..

pagi tadi kemas!haha!bangun kompem2 aku xmandi, dengan berpakaian FSMO(full service marching order), aku tanya membe aku,

weh, rasa perit dak galas beg pasir ne buat jalan laju?

kawan aku jawab,

alaa,xda hal lah..hang lari ja japgi..bukan jauh sangat pon,5 ja..

aku diam sepanjang perjalanan aku pergi tapak baris pagi..
tepat jam 8.00 pagi tadi,kompeni aku dilepaskan untuk berlari mengikut laluan yang telah ditetapkan,

1km pertama: kami bernyanyi beramai-ramai sambil berlari bagi menaikkan semangat
2km seterusnya: para lelaki yang ada kekuatan ala-ala macam badang mula jadi tempat untuk tumpang beg ladies..haha!(nasib bek aku keding dan kurang kuat)
3km dan seterusnya: masing-masing semua dah xkeruan, masing-masing memaki orang, xlupa juga kepada seorang kadet perempuan yang menangis sebab penat..haha!

habes jalan laju ja,kami dibenarkan letak tepi beg yang berat tu,saat tu aku rasa macam badan aku ada kepala dengan kaki ja, badan dah kebas..haha!
balik bilik lepas selesai semua mandi bersih apa yang patut..aku tengok kawan aku yang aku ajukan soalan di atas, berjalan mengengkang pelan-pelan pi kat loker dia..aku senyum lebar masa tu..haha! bila tibanya malam,masing-masing aku tengok sedang mengusap-usap manja kaki mereka dengan minyak angin..


kepada sesiapa yang xpaham apa itu FSMO ne aku nak bagitaw..sama ja macam dalam gambar bawah ne..(pakaian n beg ja okay, segala yang laen tu bergantung kepada aktiviti la)

okay..mau rehat,tidor.letih

Saturday, December 11, 2010

teringin la pulak




sekarang ne..banyak benda aku teringin nak buat..aku teringin nak balik..nak p makan laksa kat kola!haha..nak upload gambaq..tapi gambaq dalam inet xsama dengan gambar sebenar kat kuala perlis..haha!

aku jugak teringin nak makan kenny rogers!gila mahal benda yang aku teringin noh..tapi aku teringin laaa....ala2 budak-budak teringin eskrim tu....haa,macam tu ah aku teringin kenny rogers.
aku ada menu feveret kat kenny rogers..=)






yang bawah ne honey chicken..
aku xpernah makan g..
baru duk usha2..macam sedap..haha

ini faveret drink aku..hee~tnggi an taste aku..


ini kenny quarter meal...nampak sedap an?(memang sedap pon)



tu ja yang aku teringin nak makan bila duk sini..maw kira makanan kat perlis..jenuh aku mengarang..karangan budak spm pon kalah..haha!




Tuesday, December 7, 2010

..tiada tajuk..

okay..hari ne aku outing..outing pon xkemana..hanya berjalan-jalan sambil menderma kat mcDONALS, food court(makanan xla sedap pon..harga ja berlagak macam makanan dia hebat)
btw..bub makan tu kita tolak tepi nah..aku nak bagi tau..tadi ak ubeli vitamin!for muscle builder...boleh kah aku nak membina muscle aku...impian nak jadi ala2 van diesel gitu...kah3(angan-angan mengalahkan tinggi otomen) tapi xpa...mencuba xsalahkan..=)

kesempatan berouting hari ni aku isikan dengan tengok wayang bersama nurul auni zulkhairi..aku pon xpaham...aku kuar outing..mesti tengok wayang..wayang.wayang.wayang..
aku orang kampung..hidup di negeri xberwayang..haha!mungkin wayang itu masih lagi benda baru buat aku..sementara tunggu nak jemu noh..

balik bilik..aku on9..masih lagi berjalan-jalan, tapi kali ne aku berjalan di alam maya nama tempat perjalanan aku terjadi adalah FACEBOOK..setengah jam aku jalan..tiba-tiba aku terhenti di satu 'RnR'..kat situ ada someone post video pelik!(bagi aku ianya satu benda yang pelik..bagi orang laen aku xtaw la..haha)
video tentang majlis persandingan 1 pasangan pengantin ne,persandingan pengantin tu disajikan dengan tarian BREAK DANCE...ya..mungkin pasangan pengantin sekarang dah moden kot..haha!dah xpakai silat..=.="
aku pon xpaham..orang laen(bangsa laen) pon xbuat macam tu..kita pi buat...

ni link dia..tengok lah..kalau xbuleh..aku xmau kata apa..mungkin xadd friend lagi kut..


isk..apa aku komen pasal majlis orang neh..sory..

Monday, December 6, 2010

training

nak aku cerita kan apa maksud training?nak?
aku malas..so..kalau nak pon..aku xnak cerita okay..=)
aku nak bagitau..hari ne aku bangun awal..pukul 5.15..dah ada orang memekak kat bawah blok..
'LEKIU!!!!!TURUUUNNNN!!!!!LEKIUUU!!!TURUUUNNN!!!!!'(lekiu tu nama batalion aku a.k.a batalion for batch 2010) batalion ne idle cikit..haha!well..aku pon xpaham awat batalion aku jadi macam ne..

pagi tadi,pukul 6.30,dah berbaris dekat dataran kawad..untuk perbarisan pagi sebelum PHYSICAL TRAINING(PT) bermula...
PT hari ne laen..tapi mungkin laen sebab dia PT permulaan kut noh....hari-hari yang akan mendatang ne dengar kata akan menjadi lebih tough!agak2 apaaalaaaa depa nak buat kat kami aaa...

aku tulis ne point satu jaa..haha!nak bagitau, sok aku dapat OUTING!haha!like dak?
lama mana dah aku duk terperap dekat dalam ne...duk baw upnm ja...nak jugak baw midvalley,pavillion..haha!
k lah...kena turun seyh..babai!

Sunday, December 5, 2010

selamat tinggal

Hari ne aku mula merasakan satu keperitan yang aku cuba elak sejak seberapa lama dulu...
Hari ne family aku yang terdiri daripada ayah,mak,kakak and adik aku akan berangkat ke New Zealand..family aku ke sana nak menghadiri majlis graduation kakak sulung aku..
tapi aku,
tetap duduk disini..kat sini aku hanya mampu mendongak ke langit,
melihat kapal-kapal terbang terbang ke sana ke sini
Hari ne..pada pukul 5 petang..aku menunggu di bawah blok...ya..dan sekali lagi akan mendongak ke langit..mungkin aku dapat melihat kapal terbang yang family aku naek..tapi hanya satu kemungkinan kan *banyak kapal terbang,bukan satu...teka pi la.....
Satu keperitan kan..bagi seseorang yang xpernah ke luar negara, dan sentiasa berharap agar dapat terbang ke sana suatu hari nanti...huu~TAPI AKU STUCK KAT SINI! sh*t

buat pertama kali nya..family aku pergi mana2..aku mula berasa sebak..
dulu x pernah pon..sebab apa..
sebab masa aku sekolah dulu aku dah menyimpan angan-angan,,
angan-angan nak join majlis graduation kakak aku..
tapi sekarang..angan-angan tu aku tanam dalam-dalam,
aku hanya mampu menelan kata-kata,
'mak pergi dulu na,dik hir jaga diri..latihan buat elok-elok..injured, mak xda'

ok lah..xmau menulis lagi...byebye...semoga selamat perjalanan kamu semua!

Friday, December 3, 2010

hari yang seronok.kemudian jadi xseronok..

hari ni U aku buat jamuan hari raya aidiladha..apa lah kan..dah berapa lama dah orang raya..ibu lembu pon dah lupa dah laki dia kena sembelih buat raya korban..haha! tapi aku terima ja..majlis kan..dan yang aku nak highlight kat sini..aku jadi pembantu di bahagian dapur..haha!agak menyeronokkan..sebab aku memang suka tolong kenduri..bagi aku..suasana nya sama ja macam kenduri kat kampung..cuma sapa yang xterlibat xkan dapat tafsir keseronokan daripada apa yang depa nampak....

okay, aku mulakan dengan pagi..pagi2 lagi aku bangun dah pukul 6.00..ajaib!selalunya aku akan bangun pukul 6.30..haha!tu pon punya la liat..roomate aku ja yang tau..aku bangun pagi tadi..aku rasakan angin sejuk yang membawa embun pagi meniup-niup badan aku yang hanya bersinglet dan berseluar pendek..jadi, aku mengambil keputusan mudah..'sejuknyaaaa! umph..xpayah mandi lah' haha!mudah kan prinsip aku..pagi tu..turun-turun aku p baris pagi..cuma berpakaian baju sukan ja..haha..orang laen semua berbaju uniform segak-segak belaka..tapi apa aku heran..aku lebih rela berpakaian macam tu, p tolong kat dapuq mess..senang nak siap..=)

lepas baris aku dipanggil ke pejabat pasal urusan surat perjanjian..okay aku xmau cerita pasal tu..hal tu saja dah mengambil masa aku selama beberapa jam..hanya berdiri menunggu ketibaan staf yang terlibat dibahagian itu..lepas tu,pukul 12.30 baru lah aku turun dewan makan(mess) p tolong-tolong apa yang patut..haha!saat tu aku rasa macam duk kat kampung, i liiike that moment very much..aku ngan membe2 aku habes mengemas pukul 4.30 kalau xsilap aku..ka pukul 4 ntah..lepas tu kami kena p TTS(latihan tempur tanpa senjata)..yaa..memang aku berniat baek aku nak p TTS tu..tapi malang nya..daripada 50 orang yang terlibat dengan kerja di mess...cuma 24 orang saja yang berniat baek untuk turun TTS..

jadi..disini lah bermulanya titik hitam aku pada hari nie..sangat aku xsangka bila kami diberi hukuman bertubi2..aku xmau cerita hukumannya macam mana nanti hampa semua kata aku buat terok plak kan..so..lebih baek aku diamkan diri..=)
ya2...memang terok kami kena..saat tu kaki aku mula terketar-ketar..tekak aku mula terasa kering..saat tu aku bertanya pada diri sendiri...apa salah aku buat neh?apa yang xkena dengan aku dua tiga hari neh?adakah aku telah mengganggu sesiapa?
dengan kudrat aku yang tinggal berapa percent aku pon dah xtaw, aku teroskan jugak apa saja hukuman yang diberi...

sekarang aku dah kat bilik..mengurut kaki2 aku yang terasa sengal...haha!rasa macam dah xda lutuit dah..aku hrap hari yang mendatang..xterlalu terok..tapi aku taw..itu semua hanyalah harapan yang mustahil bakal berlaku..

sekian nah..aku masih perlu mengurut kaki aku ne..=)

Thursday, December 2, 2010

assalamualaikum

tengok tajuk pon dah macam dapat faham kan..macam orang baru buat blog ja..*ceh..padahal dah lama blog ne berhabuk xpernah dibuka dan dikarang macam blogger2 yang laen duk buat kat blog sendiri kan..

aku sebenarnya dah la am buat blog ne..cuma aku berasa tersangatlah malas nak menaip,mengarang,berfikir ayat-ayat yang menarik..orang kata 'tulis ja apa-apa..apa-apa yang terjadi pada kita...'
tapi aku laen sikit..aku ne jenis pikir panjang..nak buat satu-satu hal..nuh..sampai london aku pikir..dari A-Z lah kiranya..las2,apa pon xjadi..YA..ITULAH AKU!

mari kita mula dari A ya..
  • Nama aku Mohd Shahir Bin Kholim
  • Umur aku 18 tahun sat nak kira bulan....(kira sendiri lah ye...tengok birthday aku..kira..)
  • Aku dilahirkan pada 19.03.1992(pukul berapa, aku xpernah check kat surat beranak aku..serius aku cakap..terok kan?)
  • Aku dilahirkan kat hospital jaa..xmewah pon macam orang laen..lahir dalam kereta la..kat tengah-tengah bandar la..haha!time aku lahir pon bapak aku pakai kereta proton saga ja..mau aku megah kat sini pon orang xheran..baby sekarang ne ada lahir dalam kapal terbang lagi..hah..lagi hebat..besaq-besaq jadi pilot lah kononnya..xpa, abaikan..
  • Aku start sesi pembelajaran si sek rendah start umur aku 6 tahun..hebat dak.haha!aku menumpang ja..kat sekolah dato wan ahmad,perlis dah mak aku cikgu kat sekolah tu..baru-baru masok ja..dah kena tendang masok tadika balik..haha!GANGSTER DAK AKU?aku terlibat dengan kes passing-passing surat cinta..haha!tu surat orang..dia suh aku p bagi..aku pon time tu bodo-bodo siput lagi..dengan muka rilek nya p la bagi..alih-alih budak tu p repot kat cikgu kata aku kacau dia..naahhh..awat xambek..
  • Besaq sikit..aku darjah satu, aku daftar kat sekolah kebangsaan kayang..haha!sekolah ne banyak bagi aku kenangan..time ne..ramai orang gerun ah dengan aku..rekod aku dari darjah satu sampai darjah 5 derek final exam no dalam kelas mesti antara no 1,2,3..sapa xgerun..mau hampa kelas ngan aku pon hampa gerun..kah3..!xad lah, saja nak megah sebentar..kat sekolah ne aku dapat 5 A tau upsr..=)
  • Okay, besaq sikit lagi..aku daftar kat sekolah menengah kebangsaan derma, tetap perlis okay..sekolah ne banyak jugak bagi kenangan kat aku..dan aku banyak nuat kes..haha!sapa kenal aku depa taw la apa kes yang aku dah buat..sampai cikgu dah xlarat nak tegoq dah kan...kat sini aku xda la top sangat, sebab aku humble time sekolah menengah..haha! lagi pon, kawan2 aku hot2 belaka, segak-segak, aku apa ada..kat sekolah ne lah aku menempa nama sebagai budak 8A PMR..time neh kembang hidung-hidung xda sapa tau..aku ja..haha!tapi malang nya time SPM..aku p amek result..YA ALLAH..A banyak xtaw nak cakap la..tapi disebabkan aku sorang ja yang p ambik result..mak pak n kakak-kakak aku xpi..aku larat bawak balik 5 ja A..sedih kan..tu la..sapa suh xmau mai teman, kalau x banyak dah A kita bawak balik..(ok, mengarut lagi)
  • Lepas sekolah menengah..aku mengambil keputusan nak masok UPNM(Universiti pertahanan Nasional Malaysia)..yaa..ramai orang tanya aku 'eh,hang minat ka tentera? eh,bole ka hang jadi tentera ne, badan kecik ja..kuruih.' dan pelbagai lagi..aku telan semua pertanyaan tu..dan sekarang hampa tengok sendiri lah yee..aku berjaya bertahan sampai sekarang kan..
Aku masok sini sebab apa tau..meh aku mengaku kat sini..aku masok sini nak kata minat tu, ada la sikit-sikit..sebab utama aku masok sini, sebab aku pikiaq pasal result yang aku dapat..kat mana aku nak masok belajaq tanpa susahkan mak bapak aku nak tanggung pembelajaran aku disebabkan kemalasan aku sendiri..nak harap PTPTN? satu sem dapat duit..tu pon tah ke cukup buat nak beli buku dengan kelengkap diri..kan..aku xmau mak bapak aku pening kepala pikir duit..mak bapak aku nak p haji jugak..kalau semua duit duk labur kat aku..bila depa nak p haji..mak bapak orang laen..terbang berapa kali dah nak p haji..hah..xkan la mak bapak aku xteringin kan..
Lagi satu sebab aku masok sini..sebab ramai orang kata aku xmampu bertahan duk kat sini..ya..aku mengaku, 4 hari pertama aku masok sini..aku telah mengalami satu kejutan budaya yang teramat dasyat bagi diri aku..dan aku berasa macam nak tarik diri ja..tapi aku pikir kepada apa yang orang kata..aku kuat kan semangat aku..aku mengaku 4 hari pertama aku memang banyak nangis..aku menangis sebab aku memikirkan kenapa aku masok sini..kenapa aku terlampau nak tunjukkkan kepada orang yang aku BOLEH! tapi sekarang..semua tengok lah..apa aku jadi..aku dapat bertahan kan..awal2 memang perit..sebab kita xpernah rasa macam mana kena pacak kepala di atas tar pada waktu tengah hari..kita xpernah rasa macam mana 'knuckle clap' dan berbagai lagi..tapi bila dah kenal..semua benda jadi mudah..haha!

KAWAN2..TOLONG DOAKAN AKU BERJAYA DISINI YA!
aku perlu pergi..terlalu panjang tulisan aku..

Sunday, August 8, 2010

O.V.E.R.N.I.G.H.T

i had a great time yesterday!
i dapat overnight!haha..last minit punya berita..ingat kan minggu ne dah xdapat keluar..skali....pukul 12.30 tgh hari semalam..kapten buat penguguman kata kami dapat overnight..start dari pukul 3 petang semalam..sampai pukul 6 petang rini..hee~(padahal..dapat keluar pukul 6 petang.....announce ja kata start pukul 3 petang....=.=)
dalam hati sapa tau rasa gena..haha!lama mana dah duk harap dapat overnight..selalu dapat outing saja..rasa cam xbebas..sebab time limit dia kejap sangat..xsempat apa2 lagi..dah kena balik..haha..kali ne,dapat la bernafas cikit..xda la kalut2 macam selalu..tapi...yaang sedihnya...keluar overnight semalam ne ada tujuan...nak membeli satu barang keperluan..tapi sebab seronok punya pasal..lupa habis...adoi....nasib laaa..seronok date lah!haha!thanks my dear oney!

semalam i tido kat UM a.k.a universiti malaya...tumpang bilik member ja la..xda arah tujuan semalam..dengar ja kata dapat overnght...teros terpikir.....'mana aku nak tido malam ne eh mau aku kuar' firstly i pikir nak tido hotel ja..haha..bajet kemas la konon..skali..cek dompet..ada RM 100 ja..ceh..jangan berangan la shahir oiii..hak3! so..pikir punya pikir..ada my dear suggest suh tumpang kat UM..haha..alang2..dah benda free..hee~ (terok.terok.terok.)

so..my first destination keluar dari UPNM adalah...BB!haha!bukan p mencari 'white people' naaa..hak3! someone is waiting for me there....actly..i ada snap beberapa gambar..tapi tu lah....xdapat nak mengupload kan kedalam blog..sebab gambar 2 ada dalam fon i..n..as u all know..memory kad phone i di kebas orang..soo..gambar semua ada dalam phone memory n i xada usb wire nak connect ngan phone ne..huu..
okeyh lah..itu saja..

Monday, August 2, 2010

here i am...

long time no see yeah..actly..i have forgot my pass to log in here..
i've been tried for weeks to log in..haha..maybe 'foward roll' and 'side roll' here make me lost half of my mmory..haha!
btw..its kinda fun to be here..but not always fun yeah......mostly not la..huu..T.T..
but who cares right....?i made the choice......soo..no complaining yeah SHAHIR!

i have many things..moment..n.......bla.bla.bla to share with this blog..but..i don't know how 2 start it....many things happen 2 me here...starting from 22/5/2010 until now i've been in this university...who know yeah that i still can still standing here until now..haha..i spend 6 weeks in here doing all the military training...

actly i got some pictre to share...unfrtunately...my EXT HARD DISC have been stolen....shit! all my stuff are in that HD....
fyi...someone also stole my hamberger.......stupid right...hurgh.....thats why i said...its hard to be here...haha
thats all 4 now...
saja tulis dalam b.i. sebab aku nak mengarut...haha..xreti pon sbenarnya..

Saturday, March 20, 2010

semalam, (19/03/2010) aku meraikan hari lahir aku bersama kawan2 aku n of koz my dear oney..haha!
kenangan ohh..1st time besday aku diraikan dengan penuh kelainan....

kami p BIGFIELD..saja aku ajak arep mierah n oney p sana coz saja nak jalan2..aku drive beb...haha!nek wira buruk aku tu ja..wira yang telah kemek di bahagian kiri kereta..dan telah kehilangan lampu signal belakang sebelah kiri juga..cantik kan kereta aku..hak3
dulu aku segan nak bawak kawan2 aku..sebab apa...dulu kereta aku 2 mg nazak lah orang kata..tanam buang pon buleh dah..aku segan bukan apa..kereta selalunya ada ekon sejuk2..tapi kereta aku ekon tetap ada..cuma kuaq agn saja laa..haha!macam kipas g2..so, kalau naek kereta aku..mmg kaw lah panasnya..oney ja masih bertahan..dia x penah mengadu pon..tapi aku paham aku pon panas..tambah dia..dgn pakai tudung lagi..so sebelum aku merancang untuk trip kami tu..aku dah p servis kereta aku..rupa-rupa nya..motor ekon kereta 2 bocor..sebab 2 panas..gas dia kuaq pi tempat laen..isk2..terbang duit aku..tapi aku xkesah..untuk keselesaan aku jugak..hee~

sampai sana ja..haha! mula lah berjalan2 mencari apa2 yang menarik untuk dibeli..aku bikan nak beli apa pon..nak date ja sebenarnya..2 sebab aku pilih BIGFIELD..kah3! tempat nya jaaaaauuh dari rumah aku n oney..haha!
kat sana..kami jalan punya jalan..sampai penatlah kira..tapi apa pon kami tak beli..dapat penat ja..keh3..lepas tu dah xtaw nak buat apa..mierah ajak p wang kelian..
ne yang bes ne..kami buat pertama kalinya melangkah ke overseas!haha! aku yang baru mendapat lesen P kereta ne telah memandu kereta buruk aku panjan bukit ke wang kelian..gila..memang dasyat lah bukit dia..selekoh kaw2 punya..oney xlarat mengucap..haha!tapi aku cuba bawak kereta sebaik mungkin, sebab aku taw aku bawak anak orang..jadi apa2..jenuh! kami p sana pon bukan beli apa pon..haha!sampai sana, aku kecut perut jugak tengok siam2 kat sana..takot kot bt apa2 ka..haisyh..las2..balik macam 2 ja..haha!g pun kami p tak kena hari..mana nak ada apa untuk dibeli..perjalanan balik memang menarik..bila balik..kena turun bukit..baru nampak pemandangan bukit bukau yang memang cantik..haha!sungguh aku x tipu..memang cantik lah.. haha..
makase ya kawan2 dan juga oney..sebab ada di sisi ketika hari lahir saya.......haha!fun juga walaupon penat....nnt aku upload gambar yaa